PENYELESAIAN KRISIS KENAIKAN HARGA MINYAK DARI PANDANGAN ISLAM

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

ABDUL HAKIM OTHMAN

LL.B (Hons), LL.M (Malaya)

(Presiden Hizbut Tahrir Malaysia – HTM)

Dewan Puri Pujangga, UKM

29 Jun 2008

 

SISTEM EKONOMI DI DUNIA

 

•         Kapitalis – Mementingkan kepemilikan individu

•         Sosialis – Harta milik negara

•         Islam – Asas: harta adalah milik Allah. Manusia hanya berhak kepada harta setelah mendapat keizinan “pemilikan” dari Al-Khaliq.

 

KAEDAH UMUM EKONOMI DALAM ISLAM

 

•         Al-qawaid al-‘ammah al-iqtisadi al-Islamiyyah (Kaidah-kaidah umum ekonomi Islam) meliputi tiga aspek utama:

 

(1)    Al-milkiyyah (hukum-hukum kepemilikan);

(2)    Kaifiyyah al-tasarruf fi al-mal (mekanisma pengelolaan harta/kekayaan); dan

(3)    Al-tawzi’ al-tharwah baina al-nas (distribusi kekayaan di antara manusia).

 

HUKUM PEMILIKAN (OWNERSHIP) DALAM ISLAM

 

•         Asas kepemilikan – harta adalah milik Allah

•         Manusia hanya boleh memiliki harta dengan keizinan dari Al-Khaliq

 

وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا يخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

 

“..dan kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” [TMQ al-Ma’idah (5):17]

 

HUKUM PEMILIKAN (OWNERSHIP) DALAM ISLAM…

 

وَءَاتُوهُمْ مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِى ءَاتَـكُمْ

“…dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakanNya kepadamu” [TMQ an-Nur (24):33]

 

ءَامِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ

“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya…” [TMQ al-Hadid (57):7]

 

HUKUM PEMILIKAN (OWNERSHIP) DALAM ISLAM…

•         Tiga kategori pemilikan

(1)        Pemilikan individu (milkiyyah al-fardiah /       private ownership)

(2)        Pemilikan umum (milkiyyah al-ammah /          public ownership)

(3) Pemilikan negara (milkiyyah al-daulah /

state ownership)

JENIS-JENIS MILKIYYAH AL-AMMAH

Tiga kategori pemilikan umum:-

(1)        Kepemilikan awam (public properties/utilities), yang mana masyarakat adalah bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإَِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara, padang rumput, air dan api” [HR Abu Daud dan Ahmad]

اَلنَّاسُ شُرَكَاءُ فِي الثّلاَثِ: فِي الْمَاءِ وَ الْكَلاَءِ وَ النّارِ

“Manusia bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara, padang rumput, air dan api” [HR Abu Daud dan Ahmad]

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya);

مِنًى مُنَاخُ مَنْ سَبَقَ

“Mina adalah tempat mukim siapa saja yang lebih dahulu (sampai kepadanya)”

[HR al-Tirmizi, ibn Majah dan al-Hakim]

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau tidak terbatas / tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan seumpamanya)

أَنَّهُ وَفَدَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَقْطَعَهُ المِْلْحَ فَقَطَعَهُ فَلَمَّا وَلَّى قَاَل رَجُلٌ أَتَدْرِيْ مَا أَقْطَعْتَهُ لَهُ؟ إِنَّمَا أَقْطَعْتَ لَهُ الْمَاءَ الْعِدَّ. قَالَ: فَرَجَعَهُ مِنْهُ

Ia (Abyadh bin Hamal) datang kepada Rasulullah saw. meminta untuk mengelola (galian) garam. Rasul lalu memberikannya. Setelah ia pergi ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, tahukah apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikannya sesuatu yang bagaikan air mengalir.” Lalu ia berkata: Kemudian Rasulullah saw. pun menarik kembali galian itu darinya.” [HR Abu Dawud].

JENIS-JENIS MILKIYYAH AL-AMMAH…

•         Ukurannya di sini ialah sifatnya seperti “ma’ul idd” (air yang mengalir), maksudnya tidak terbatas.

•         Bahan galian yang tidak terbatas adalah milik rakyat, tidak kira sama ada ia berada di atas bumi atau di dalam bumi, sama ada dalam bentuk padat/pepejal atau cecair

•         Kesimpulannya, berdasarkan nas syarak yang jelas, minyak adalah milik rakyat

•         Kesimpulan: Minyak adalah hak rakyat dan WAJIB dikembalikan kepada rakyat

•         Kesemua harta dijaga oleh Negara di Baitul Mal

CARA NEGARA MENGELOLA MILKIYYAH AL-AMMAH

•         Tugas negara adalah sebagai penjaga dan pengelola hak milik awam, bukan pemilik.

•         Haram bagi Negara memberi konsesi, sama ada kepada syarikat tempatan atau asing.

•         Haram bagi negara memiliknegarakan hakmilik awam.

•         Haram bagi Negara mengambil keuntungan (Negara bukan peniaga, tapi penjaga)

CARA NEGARA MENGELOLA MILKIYYAH AL-AMMAH …

•         Terdapat 3 cara pengelolaan:-

(1) Negara melakukan cari gali (dan semua proses yang berkaitan) dengan menggunakan jentera, mesin dan peralatan milik negara;

(2) Negara melakukan proses carigali dengan jentera dan peralatan milik awam;

(3) Negara melakukan proses carigali dengan menyewa jentera milik syarikat (tempatan atau asing) atau milik mana-mana individu.

•         Pokoknya, harta tersebut tetap milik awam (bukan milik Negara) dan wajib dikembalikan hasilnya kepada rakyat (sebagai pemilik).

CARA MEMANFAATKAN  MILKIYYAH AL-AMMAH

•         Setiap orang (warganegara) mempunyai hak ke atas milkiyyah al-ammah baik lelaki, perempuan, orang tua, muda, kanak-kanak, Muslim, non-Muslim dsb.

•         Bagi kategori pertama dan kedua – setiap orang berhak menikmatinya secara langsung.

•         Bagi kategori ketiga, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkannya, maka Negaralah yang mengelolanya dan mengagihkannya kepada rakyat.

•         Oleh itu, ia bergantung kepada kebijaksanaan Khalifah (ketua negara) dalam mengelolanya, tanpa menghilangkan sifat ‘kepemilikan umum’nya dan tanpa melanggar batas-batas syarak.

 

CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH…

 

PERTAMA:

 

Khalifah mesti membelanjakan hasilnya

ke atas apa sahaja yang terkait dengan harta awam:-

(i)            Jabatan Harta Awam, bangunan, pejabat, rekod, R&D, pekerja dsb.

(ii)            Pakar, penasihat, technicians, pekerja yang digaji untuk usaha mengkaji dan carigali minyak, gas, bahan galian, pekerja memproses, baikpulih dsb.

(iii)            Pembelian mesin, kilang, kenderaan pengangkutan dan segala jenis peralatan yang berkaitan, sehingga harta awam tersebut dapat dinikmati oleh rakyat.

 

(iv)            Jentera atau mesin-mesin gerudi minyak, air, gas, emas, bijih dsb, alat pengepam, saluran paip, wayar dsb;

(v)            Generator elektrik, pencawang, tiang, wayar dsb

(vi)            Jalanraya, jalan keretapi, papantanda dsb

 

CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH…

 

KEDUA:

 

Khalifah membahagikan hasilnya

kepada setiap ‘pemilik’ harta awam ini (rakyat)

dengan cara yang difikirkannya sesuai seperti:-

 

(i)            Memberikannya secara percuma untuk digunakan sesuai keperluannya;

(ii)            Menjualnya pada harga kos, kemudian membahagikan semula keuntungannya kepada setiap pemilik;

 

CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH…

 

KETIGA:

 

Negara dibenarkan (oleh syarak) untuk menjadikan

harta awam sebagai “hima” (protection) untuk menampung

perbelanjaan negara (jika perlu), dalilnya,

 

(i)            Rasulullah menentukan tempat tertentu sebagai hima. Dari Ibn Abbas dari Sa’ab b. Juthama, Rasulullah bersabda,

 

لا حِمَى إِلا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ

“Tiada Hima melainkan untuk Allah dan Rasul-Nya”

 

(ii)            Dari Nafi’ dari Ibnu Umar, “Nabi saw menentukan/melindungi (hima) an-Naqi’ (satu tempat yang terkenal di Madinah) untuk kuda-kuda kaum Muslimin”

(iii)            Abu Bakar melindungi (hima) al-Rabatha untuk kuda-kuda sedekah dan melantik Abu Salama untuk menjaganya

(iv)            Umar melindungi (hima) al-Sharaf di al-Rabatha dan melantik seorang yang dikenali sebagai Hani sebagai penjaganya.

 

APA KATA CEO PETRONAS?

 

•         Mingguan: Petronas sekali lagi mengumumkan hasil kewangan yang tertinggi dalam sejarahnya, jadi banyaklah duit yang ada.

 

•         Mohd. Hassan: Keuntungan itu juga kita terus pulangkan kepada kerajaan. Pada tahun ini, kita memberi balik sebanyak RM58.1 bilion atau 77 peratus kepada kerajaan bagi digunakan untuk tujuan pembangunan dan melaksanakan agendanya yang memberi faedah kepada rakyat. Tetapi, sejauh mana ia digunakan secara cekap, ia adalah satu soalan lain.

 

•         Mingguan: Bolehkah Tan Sri jelaskan lagi?

 

•         Mohd. Hassan: Tanggungjawab Petronas adalah mengembalikan (keuntungan) kepada kerajaan untuk melakukan apa yang perlu dibuat supaya kesannya dirasai oleh rakyat. Tahun lepas, terdapat pihak mempersoalkan kenapa keuntungan itu tidak diberikan terus kepada rakyat RM1,000 seorang dan berdasarkan pencapaian yang baru diumumkan, kita patut bagi RM3,000 seorang. Persoalan itu menjadi satu isu, sama ada duit digunakan sebaiknya atau dibazirkan, contohnya dalam pemberian subsidi ketika sumber minyak dan gas yang dinikmati semakin berkurangan. [Mingguan Malaysia 01/07/07].

 

APA KATA CEO PETRONAS?…

 

Tuan-tuan!

•         Jangan hanya fikir Petronas…

•         Jangan hanya fikir minyak…

•         Jangan hanya fikir Malaysia…

•         Fikirkan…bagaimana kalau umat Islam di perintah oleh seorang Khalifah yang menerapkan hukum Allah dan Rasul

•         Fikirkan…bagaimana kalau umat Islam bernaung di bawah satu Daulah Al-Khilafah

 

HUBUNGAN ANTARA PEMERINTAH DAN RAKYAT

 

•         Dalam sistem sekular-Kapitalis, hubungan yang wujud adalah antara:-

(i)            Penindas – orang yang ditindas

(ii)            Perompak – orang yang dirompak

(iii)            Peniaga – pembeli, dsb

 

•         Dalam Islam, hubungan yang wujud adalah antara:-

(i)            Pemelihara/penjaga – orang yang dipelihara/jaga

 

اْلإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Imam (ketua negara) adalah pemelihara dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas pemeliharaan (rakyat)nya”

[HR al-Bukhari].

 

BEBERAPA PERSOALAN

 

•         Kenaikan di luar kawalan kerajaan!

•         Berbanding negara lain, kita masih murah!

•         Jika minyak wajib diberi percuma, dari manakah kerajaan nak dapatkan pendapatan negara? Kerajaan akan mengalami defisit?

•         Jika minyak diberi percuma, bankraplah kerajaan?

 

•         Jika minyak diberi percuma, mana kerajaan nak cari duit utk meneruskan pembangunan negara?

•         Jika minyak adalah percuma, orang akan cenderung melakukan pembaziran?

•         Bagaimana cara nak beri minyak percuma kepada setiap orang?

 

PENDAPATAN NEGARA, DARI MANA?

 

Beberapa harta yang termasuk dalam kategori milik negara

(State ownership) di mana Khalifah/negara berhak mengelolanya

berdasarkan ijtihadnya adalah:-

•         Harta ghanimah, anfal (harta yang diperoleh dari rampasan perang dengan orang kafir), fai’ (harta yang diperoleh dari musuh tanpa peperangan) dan khumus;

•         Harta yang berasal dari kharaj (hak kaum Muslimin atas tanah yang diperoleh dari orang kafir, baik melalui peperangan atau tidak)

•         Harta yang berasal dari jizyah (hak yang diberikan Allah kepada kaum Muslim dari orang kafir sebagai tunduknya mereka kepada Islam)

•         Harta yang berasal dari dharibah

•         Harta yang berasal dari ushur (cukai import/eksport yang dikenakan ke atas pedagang dari Darul kufur apabila negara mereka mengenakan cukai yang sama)

•         Harta yang tidak ada ahli warisnya atau kelebihan harta dari sisa waris (amwal al-fadl)

•         Harta yang ditinggalkan oleh orang-orang murtad

•         Harta yang diperoleh secara tidak sah para penguasa, pegawai negara, harta yang didapati dari jalan yang tidak syar‘i

•         Harta lain milik negara, contohnya: padang pasir, gunung, pantai, laut dan tanah mati yang tidak ada pemiliknya.

•         Harta zakat yang boleh digunakan untuk “fi sabilillah

 

MACAMANA NEGARA TAK  BANKRAP?

 

•         Sila lihat  satu pendedahan yang disiarkan di dalam beberapa blog dan difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang dikenali sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online tahun lalu

 

•         Menurutnya, rekod tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan menteri kabinet pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.

 

•         Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

 

1. Gaji Pokok RM18,000.00
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

 

•         Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja.

 

•         RM55,650.00 x 113 = RM6,288,450.00 sebulan

 

Lain-lain kemudahan

 

•         Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara – semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

 

•         Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

 

•         Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

 

•         Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

 

•         Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

 

•         Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit, seorang pemandu, minyak percuma.

 

•         Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian, atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

 

•         Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

 

•         Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

 

•         Pendapatan-pendapatan lain:-
(1) Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
(2) Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
(3) Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
(4) Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
(5) Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
(6) Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
(7) Lain-lain sumber

 

•         Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

 

•         Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

 

•         RM50,650.00 x 113 = RM5,723,450.00 sebulan

 

PENUTUP

•         Penyelesaian kepada kenaikan harga minyak – bukan dengan penurunan harga minyak, TETAPI dengan diterapkan HUKUM ISLAM

 

•         Hukum Islam mesti diterap secara menyeluruh, bukan sebahagian, apatah lagi diganti dengan hukum secular

 

•         Secara menyeluruh – bukan sekadar dalam bidang ekonomi!

 

 

 

KENAIKAN HARGA MINYAK – PENYELESAIAN DARI ISLAM

Infestasi virus kapitalisme

•         Sejak cengkaman penjajah ke atas dunia Islam, negara-negara Islam hidup di bawah dominasi kapitalisme

•         Dunia hari berada di bawah hegemoni kapitalisme – dipaksa menerima pakej yang datang bersamanya – krisis yang berterusan, jurang miskin-kaya yang membesar, inflasi, ketidakstabilan, dominasi yang kuat ke atas yang lemah dsb.

•         Terbaru – krisis kenaikan harga minyak dan krisi makanan.

•         Begitu ketara sehingga Kongress AS menyoalsiasat syarikat-syarikat minyak As kerana keuntungan yang sangat besar yang mereka perolehi pada saat AS sendiri mengalami krisis yang meruncing!

Kerana kenaikan ini, pelbagai masalah muncul di seluruh dunia, termasuk di Malaysia – dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Hak rakyat dirompak dan kehidupan menjadi semakin sukar, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan rakyat miskin.

Apakah sebab sebenar kenaikan harga minyak yang melampau ini? Benarkah kenaikan ini sesuatu yang tabi’i dan tidak dapat dielakkan? Atau apakah ia merupakan akibat dari virus kapitalisme?

 

Minyak di bawah sistem kapitalis yang rosak

•         Di bawah kapitalisme, minyak boleh dimiliki oleh sesiapapun.

•         Kuasa-kuasa ekonomi berebut-rebut mendapatkan sumber minyak yang terhad ini

•         Ia kini merupakan komoditi sumber tenaga utama dunia yang paling aktif diniagakan

•         Naik turun harga minyak sangat bergantung kepada keadaan pasaran minyak dunia

•         Dipengaruhi oleh pelbagai sebab..

 

Krisis dolar dan harga minyak

•         Krisis harga minyak yang dihadapi dunia sekarang ini pada hakikatnya bermula di AS.

•         Sistem kapitalis memangkin sendiri (self catalyze) krisis ini sehingga merangkumi seluruh dunia.

•         Untuk mencari penyelesaian, amat perlu bagi kita memahami punca krisis yang sedang merancak ini.

 

Krisis Dolar AS

•         Terdapat dua aspek – aspek ekonomi dan aspek politik. Aspek ekonomi:

 

1. Defisit perdagangan – AS mengimport lebih dari mengeksport. Pada 2003, AS mengimport barangan dan perkhidmatan sebanyak AS$ 1,625 bilion dan mengeksport hanya AS$ 1,203 bilion; defisit AS$449 bilion dan pada 2007 meningkat ke AS$708.5 billion! Ini diimbangi dengan mencetak dolar dan mengeluarkan bon. Keyakinan para pelabur kepada ekonomi AS jatuh – nilai dolar jatuh.

 

 

Sumber: U.S. Bureau of Economic Analysis, “U.S. International Trade in Goods and Services,Exhibit 1”, March 11, 2008

 

2. Masalah Hutang – Statistik perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan dalam hutang kerajaan AS dari AS$ 4.3 trilion pada tahun 1990 kepada AS$ 8.4 trilion in 2003, dan AS$ 8.9 trilion in 2007!!! Ini adalah 64% dari KDNK AS!

 

Hutang individu di AS pula mencapai AS$ 6.60 trilion, manakala hutang korporat mencapai AS$ 18.40 trilion. Jumlahnya sebanyak AS$ 34 trillion adakalh 3 kali KDNK. Ini sahaja sudah menunjukkan bahawa AS sudahpun berada dalam krisis ekonomi yang cukup dalam!!

 

3. Peningkatan Euro berbanding dolar.

Euro menjadi alternatif bagi matawang rizab global. Saingan bagi dolar – menyebabkan penurunan nilai USD. Akibatnya kebanyakan bank utama negara-negara dunia mula melepaskan rizab USD mereka – secara purata rizab USD berkurangan dari 73% ke 64%.

•         Aspek politik – dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kerajaan AS melakukan pelbagai tindakan politik yang menyebabkan krisis ini menjadi global

 

4.         AS tidak langsung mengambil apa-apa tindakan untuk mengurangkan defisit perdagangan dan hutang negara. Inflasi akibat kejatuhan nilai dolar mengakibatkan kos produksi di dalam AS meningkat dengan mendadak – namun AS tidak membantu langsung dalam mengurangkan kos. Sebagai contoh rizab minyak AS (700 juta tong) tidak dibuka untuk membantu pengurangan kos pengeluaran.

http://www.cbsnews.com/stories/2008/05/22/national/main4120735.shtml

 

Begitu juga dengan hutang, AS malah memberi menyerang Afghanistan dan Iraq dan memakan kos melebihi USD2 trilion! Pinjaman kepada para kapitalis kaya dalam bentuk subsidi cukai berjumlah trilion dolar masih terus dikeluarkan.

 

Dalam situasi seperti ini….

•         Tiba pula krisis ‘sub-prime’… runtuhnya nilai saham firma ‘real estates’ di AS – ini membolehkan krisis lokal AS menebarkan sayapnya ke seluruh dunia dan menyebabkan rentetan pelbagai masalah lain!!

•         Bagaimana ini boleh berlaku?

 

Krisis ‘subprime’ di AS

•         Pasaran ‘subprime’ – meliputi peminjam yang tidak memenuhi kriteria untuk layak mendapatkan pinjaman perumahan.

•         Para peminjam melihat peluang untuk mendapat keuntungan dari pasaran ini.

•         Mula mengeluarkan pinjaman mudah (soft loans) dengan kadar faedah yang tinggi kerana risiko yang tinggi.

•          Peminjam akan ‘refinance’ pinjaman dan mendapat keuntungan

•         Mekanisme dicipta untuk mendapat keuntungan yang lebih dalam pasaran yang sudahpun berisiko tinggi – securatization

 

Krisis ‘subprime

•         Mekanisme ini menyebabkan peningkatan bilangan institusi kewangan yang terlibat dengan pasaran pinjaman perumahan (Mortgage Backed Securities (MBS) dan Collateralized Debt Obligation(CDO))

•         Apabila nilai pasaran perumahan AS jatuh, akibat dari default atas bayaran balik pinjaman yang terlalu besar institusi kewangan yang memiliki MBS dan CDO mengalami kerugian yang sangat teruk

•         Bank-bank terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang cukup besar bagi mengelakkan krisis. Akhirnya para pelabur mengalihkan pandangan kepada pasaran lain untuk melabur – komoditi seperti makanan dan minyak!!

•         Bertambah buruk dengan krisis dolar akibat lemahnya ekonomi AS.

 

Minyak dan sebab-sebab peningkatan harganya

•         Para penganalisis memberikan banyak sebab naiknya harga minyak secara mendadak.

•         Kita cuba perhatikan satu per satu sebab-sebab ini serta bagaimana, pada hakikatnya ia boleh, jika  boleh, ia dapat dielakkan secara rasional

•         Perlu dibezakan – kenaikan kerana sebab-sebab ekonomi sebenar (fundamentals) atau bukan ‘fundamentals

•         Isu-isu geopolitik memainkan peranan – samada mempengaruhi ‘fundamentals’ mahupun spekulasi.

•         Pasaran hadapan (futures market) banyak melibatkan sentimen dan spekulasi.

 

Fundamentals -Tawaran dan Permintaan

•         Dua alasan yang biasa diberikan:

1) Dikatakan bahawa negara membangun dahagakan minyak – terutama China dan India.

2) Bekalan minyak dunia semakin berkurangan – isu ‘peak oil’

 

1)         Hakikatnya, permintaan dari China dan India telahpun wujud sejak 2000, namun kenaikan harga begitu mendadak ini berlaku hanya dalam 2008. Ia tidak dapat menjelaskan kenaikan ini.

•         Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri mengatakan OPEC mengeluarkan 32.2 juta tong sehari (bpd), lebih dari anggaran permintaan 2008

•         Badri juga mengatakan bahawa konsumsi 87 juta bpd adalah lebih kecil dari nilai perniagaan pasaran kewangan yang berkaitan dengan minyak.

•         G8 memberi tekanan kepada OPEC agar menambah pengeluaran – OPEC pada mulanya enggan menambah pengeluaran tetapi akhirnya akur dengan tekanan – mereka akan menambah 200,000 tong sehari

•         Harga tetap melonjak hingga USD140! Masalah fundamental?

 

Tawaran dan Permintaan

•         Barat melahap 50% minyak dunia tetapi mengeluarkan kurang dari seperempat

•         AS melahap 25% dari minyak dunia tetapi mengeluarkan hanya 8% sahaja.

•         Memang China dan India meningkatkan permintaan (2004 – 900,000 juta bpd, 2007 – 1.2 juta bpd tetapi pertumbuhan keperluan jatuh dari 3.6 juta bpd ke 0.7 juta bpd, ie. kadar keperluan menurun tetapi harga melonjak tinggi!!)

•         Namun penggunaan berlebihan dunia Barat secara amnya dan AS secara khususnyalah yang melahirkan krisis ini!

 

•         Terdapat juga persepsi bahawa terdapat kekurangan dalam tawaran (shortage psychology)

•         ‘Investors are viewing future oil supplies through the prism of expected high-demand growth in China and India, which “tends to be the end of all discussions”’ (Daniel Yergin – ahli Senat dalam Joint Economic Committee, Washington )

2)      Begitu juga dengan gambaran ‘Peak Oil’. Banyak perdebatan mengenainya.

•         Minyak memang terhad – namun hakikatnya, kadar penemuan minyak dunia terus bertambah! Data USGS menunjukkan jumlah rizab minyak yang cukup besar

•         Peningkatan teknologi membolehkan eksplorasi dan pengeluaran dijalankan dengan lebih efisien

•         Perdebatan masih berterusan – hakikat – isu telah lama dibincangkan – tidak mungkin menjadi penyebab utama lonjakan harga minyak kini!

•         Fundamentals bukan masalah sebenar!

 

Geopolitik

•         Ada 4 isu geopolitik yang menaikkan harga minyak – isu-isu ini mungkin mempengaruhi ‘fundamentals’ dan mungkin juga menjadi asas spekulasi (sentimen).

 

1) Cabaran dari timur – AS terpaksa menghadapi ancaman perkembangan ekonomi dan penguasaan sumber dari China dan India. Saingan antara negara-negara Timur dan Barat. Ini melembabkan ekonomi AS dan kesan pelembapan ini akan menjalar ke seluruh negara Barat dan mungkin mempengaruhi dunia.

 

2) Cabaran dari Rusia – pengeluar gas dan minyak. Hubungan Rusia – EU kini didominasi oleh Rusia. Rusia berjaya merampas negara Asia Tengah dari pengaruh AS (melalui SCO). AS bimbang akan pengaruh Rusia ini, terutama dengan prospek Rusia sebagai salah satu pengeluar utama minyak dunia.

 

3) Minyak dan ‘petrodollar’ – salah satu kejayaan besar AS adalah menjadikan USD sebagai matawang minyak dunia.

•         Ini membolehkan AS mempertahankan dominasi dolar dalam pasaran dan sebagai matawang pilihan rizab

•         Para penganalisis juga menyalahkan kejatuhan dolar sebagai punca peningkatan harga minyak – pembeli memerlukan lebih USD kerana nilainya yang lebih rendah

•         Krisis ekonomi di AS juga memangkinkan kejatuhan USD.

•         USD terus jatuh dan ini sudah tentu akan meningkatkan harga minyak secara berterusan

 

•         Oleh itu, EU mula menyeru penggunaan Euro sebagai matawang minyak. Ini sudah tentu akan menjatuhkan lagi nilai dolar

•         Negara-negara dunia akan menjual dolar dari rizab mereka untuk mendapatkan Euro.

•         Namun, Euro sendiri adalah matawang ‘Fiat’ – sama seperti dolar, masalah sama mungkin timbul.

•         Bagaimana dengan emas?

•         Adakah harga minyak akan naik dengan mendadak sekiranya kita menggunakan emas dan bukan USD?

•         Lihat kepada data harga minyak, emas dan USD. Transformasi data – dan cara berfikir – satu ‘ounce’ emas menjadi matawang (unit of exchange) bagi membeli USD dan minyak.

•         Satu ‘ounce’ emas boleh membeli 0.5 tong minyak berbanding 1991

•         Satu ‘ounce’ emas boleh membeli 2.4 kali USD berbanding 1991.

•         Hakikatnya emas tidak banyak berubah sejak 1991-yang berubah adalah kuasa membeli USD yang terus jatuh sejak 1991

•         Emas jauh lebih stabil berbanding dolar

•         Melepaskan diri dari menggunakan USD untuk membeli minyak dan menggunakan emas sebagai matawang dapat menyelesaikan masalah!

•         Negara-negara akan menjual USD dan membeli emas. USD semakin jatuh!

•         Political Will!!!

 

4) Kepentingan Timur Tengah – tanggapan 61% rizab terbukti minyak ada di Timur Tengah.

•         AS import 3 juta tong sehari dari Timur Tengah

•         Bush mengatakan bahawa sandara AS kepada minyak Timur Tengah adalah “foreign tax on the American people

•         Timur Tengah merupakan kawasan yang paling tidak stabil di dunia hari ini

•         Amerika akan terus menghalakan polisi luarnya ke Timur Tengah bagi memastikan bekalan minyak tidak terlepas

•         AS bimbang Islam berdiri semula – akan terus memegang kawasan ini dna menghalang kebangkitan Islam

•         Selama ini masih berlaku, harga minyak akan terus bergantung kepada suasana geopolitik Timur Tengah.

 

Spekulasi – punca sebenar lonjakan harga minyak!

•         Setelah kejatuhan saham akibat krisis ‘subprime’, pelabut mula melepaskan kerakusan mereka dengan melabur di dalam pasaran komoditi secara besar-besaran.

•         ‘As much as 60% of today’s crude oil price is pure speculation driven by large trader banks and hedge funds ’ (F. William Engdahl)

•         ‘Nymex in New York and the ICE Futures in London today control global benchmark oil prices which in turn set most of the freely traded oil cargo. They do so via oil futures contracts on two grades of crude oil—West Texas Intermediate (WTI) and North Sea Brent.’

•         Kebanyakan pengeluar minyak menggunakan Brent sebagai sandara harga minyak yang dikeluarkan.

•         Pasaran kontrak hadapan (futures contracts) sangat aktif melahirkan konsep ‘paper oil’ yang menentukan harga minyak dalam pasaran.

•         Kawalan harga ‘meninggalkan OPEC untuk ke Wall Street’.

•         Laporan pada Jun 2006 dari  US Senate Permanent Subcommittee on Investigations of The Role of Market Speculation in rising oil and gas prices, mengatakan, “…there is substantial evidence supporting the conclusion that the large amount of speculation in the current market has significantly increased prices.” . Laporan ini tidak dihiraukan di dalam media dan kongress

•         Speculators di AS dibolehkan berniaga dalam Intercontinental Exchange(ICE) Futures UK tanpa berhadapan dengan pelbagai halangan peraturan. Ini menggalakkan lagi aktiviti spekulasi dan menyebabkan kenaikan harga minyak yang melampau.

•         Harga pasaran bagi Brent dan WTI pada Januari 2006 menunjukkan korelasi yang cukup kuat antara lonjakan harga minyak dan perniagaan tanpa regulasi (unregulated trade) di ICE.

•         Spekulasi minyak bukan berdasarkan fakta tetapi berdasarkan sentimen dan rumor.

•         Para spekulator telah meningkatkan pelaburan mereka dalam pasaran hadapan di NYMEX dari 37% (2000) kepada 71%. Pada masa yang sama, kontrak pengguna tradisional minyak jatuh dari 60% ke 30%.

•         Berdasarkan hakikat bahawa keseimbangan minyak tidak banyak berubah berbanding harga, dianggarkan 60% dari harga minyak adalah spekulasi semata-mata.

 

Harga minyak dan kapitalisme

•         Spekulasi merupakan sebab utama melonjaknya harga minyak – dan krisis yang dihadapi hari ini.

•         Krisis pada tahun 1997/98 melibatkan kejatuhan saham seluruh dunia

•         Kedua-dua krisis ini berlaku bukannya akibat ‘fundamentals’ dalam sektor sebenar ekonomi (real sector) tetapi merupakan permainan spekulasi dalam sektor kewangan (financial sector) yang merupakan jantung yang menghidupkan sistem kapitalisme.

•         Perlu melepaskan diri dari sistem ekonomi yang tidak berpijak di atas landasan yang kukuh!

•         Selain itu, kejatuhan dolar juga merupakan salah satu punca lonjakan harga minyak. Penggunaan matawang yang stabil, seperti emas akan dapat mengawal harga minyak.

 

Kapitalisme – dalang krisis ekonomi dunia!

•         Sistem yang diasaskan kepada wang fiat dan hutang (faedah)

•         Sistem yang melahirkan 2 sektor ekonomi – sektor ekonomi sebenar dan sektor kewangan

•         Kitaran ‘boom and bust’ dalam kapitalisme – suatu yang sistemik

•         Sistem yang menggalakkan penggunan berlebihan dan ketamakan

•         …dan banyak lagi kelemahan sistemik yang melahirkan dunia yang berat sebelah dan yang kuat terus menekan yang lemah!

 

Malaysia….

•         Malaysia sebahagian dari sistem kapitalisme…

•         Pasti terkena simbahan akibat kelemahan sistemik ideologi yang hina ini..

•         Harga minyak melonjak 40%! Rakyat yang merana…

•         Banyak perdebatan – apakah wajar kenaikan ini? Apakah wajar menghapuskan terus subsidi? Apakah subsidi harus dikekalkan? Apakah harga minyak seharusnya diturunkan? Apakah yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan dalam menghadapi masalah global ini? Apakah sebenarnya peranan kerajaan dalam hubungannya dengan rakyat? Sebagai pemelihara atau perompak wang rakyat?

•         Apakah penyelesaian yang seharusnya kita ambil dalam konteks global dan lokal?

 

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: