KEMERA-KAMERA ALLAH

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

Konsep kamera Allah bertujuan meningkatkan keimanan kepada Allah (SWT). Ia satu konsep yang akan memudahkan umat Islam memahami tentang kehidupan di dunia, alam kubur, hari pembalasan dan kehidupan di syurga Allah (SWT).

 

Idea ini adalah merujuk kepada penulisan buku Harun Yahya yang banyak menulis tentang konsep masa sifar dan ruang kosong, keabadian masa dan hakikat takdir, intipati sebenar kebendaan, penipuan teori evolusi Darwin dan sebagainya. Penulisan harun yahya dapat dibaca dengan melayari laman web berikut.

 

http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php

 

Penulisan ini juga merujuk kepada hadias-hadis Nabi Muhammad (SAW) dan juga berpandukan kitab suci Al-Quran. Semoga apa yang tertulis ini akan dapat memberi manfaat dan berkat kepada umat Islam keseluruhannya.

ENAM KAMERA ASAS

 

  1. Kamera yang merakam kehidupan kita di dalam kandungan.
  2. Kamera yang merakam kehidupan kita di dunia.
  3. Kamera yang merakam situasi di alam kubur.
  4. Kamera yang merakam situasi di padang mahsyar.
  5. Kamera yang merakam situasi di titian sirotol mustaqim.
  6. Kamera yang merakam situasi di syurga.

 

Setelah melihat enam kamera asas yang merakam segala perbuatan kita sama di alam sebelum dunia, di dunia di akhirat dan di syurga.

 

Kita akan memahami bahawa segala yang berlaku bagaikan berlaku secara serentak atau sekarang. Selama ini kita merasakan bahawa hanya Allah (SWT) yang melihat kita di muka bumi ini.

 

Setelah memahami konsep ini, kita akan sedar bahawa segala perbuatan kita di dunia ini sedang diperhatikan oleh seluruh umat manusia, bagaikan siaran ulangan di padang mahsyar.

 

Kini kita perlu memikirkan pula apa yang akan kita lakukan di muka bumi Allah (SWT) ini. Kita hanya bagaikan pelakon yang melakonkan watak-watak kita. Kita hanya bagaikan pengembara di alam dunia sebelum menjejakkan kaki ke dalam syurga Allah yang indah.

 

Masa bagaikan tiada. Masa menjadi sifar. Yang ada hanya keabadian.

 

Segala yang telah berlaku, yang telah berlalu hanya menjadi sejarah dan kenang-kenangan. Ia abadi.

 

Kini kita dalam misi untuk mencari keredhaan Allah. Bila konsep ini difahami oleh umat Islam, manusia akan hidup dengan tenang dan harmoni. Tiada lagi jenayah. Semuahanya berlumba-lumba menghasilkan filem yang terbaik untuk dipertontonkan di hadapan Allah.

 

Sekarang marilah kita memanjatkan syukur terhadap Allah kerana telah memberi kita ilmu yang dapat dimanfaatkan.

 

Teruskan mengembara di dalam dunia ini. Marilah sama-sama menghasilkan filem yang terbaik yang akan ditayangkan dihadapan Allah. Mungkin juga segala kenangan yang abadi ini dapat kita tonton kembali semasa di dalam syurga Allah.

Nikmat yang paling besar yang dijanjikan oleh Allah ialah melihat wajah Allah di syurga. Semoga kita dapat menatapNya dengan gembira di syurga nanti. Amin…

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: