KEABADIAN BARU BERMULA : KEABADIAN MASA DAN HAKIKAT TAKDIR

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

Dipetik dari penulisan buku Harun Yahya yang bertajuk “Keabadian Baru Bermula” dan “Keabadian Masa dan Hakikat Takdir” :

Apa maksud pengertian ‘keabadian’ bagi diri anda?

Seseorang biasanya mengaitkan keabadian kepada suatu bentuk seperti beribu, berjuta atau beribu juta tahun. Konsep masa seperti ini menganggap jangka waktu yang abadi. Hal yang sama, konsep ‘jarak yang tidak terbatas’ merangsang minda dengan pengertian suatu jarak yang amat jauh, seperti beratus atau beribu juta tahun cahaya.

Akan tetapi, sekiranya kamu berusaha menggambarkan angka-angka besar yang mungkin sekalipun, kamu akan tetap terbatas oleh kapasiti intelek akal kamu. Satu contoh yang boleh memberikan gambaran yang baik mengenai keluarbiasaan batas keabadian. Sekiranya berjuta-juta manusia menghabiskan masa kehidupan mereka selama berjuta-juta tahun, hanya mengira siang dan malam tanpa henti, mereka akan tetap gagal untuk sampai kepada keabadian kerana keabadian adalah satu konsep yang tiada permulaan dan tiada berakhir.

Bagaimanapun, di dalam pandangan Allah, Maha Agung, konsep ‘keabadian’ ini ataupun kemutlakan yang tidak dapat diperhitungkan, telah pun berakhir. Keabadian, yang jelas kepada kita sebagai satu konsep yang tidak terbayangkan, hanyalah umpama sekilas detik dipandangan Allah.

Buku ini mengemukakan kepada anda penerangan-penerangan yang kukuh mengenai konsep masa-sifar, ruang-sifar dan keabadian, dan menemukan anda dengan satu fakta penting: keabadian baru bermula. Dengan menyedari fakta ini akan membuatkan anda menghargai semula rasa keimanan kepada Allah, Maha Agung dan Maha Besar, dan PenciptaanNya.

Sementara itu, kamu akan mendapat jawapan yang komprehensif kepada soalan-soalan yang sering dikemukakan: Di mana Tuhan? Apa itu Kebangkitan? Apa sifat sebenar Kematian? Adakah di sana kehidupan yang kekal? Dan bilakah semua ini akan terjadi?.
Tetapi, sebelum meneruskan perbincangan semua isu-isu ini, konsep-konsep seperti “realiti kebendaan’ dan ‘masa-sifar’,akan diterangkan secara terperinci untuk pemahaman yang lebih komprehensif mengenai subjek di atas.

Bab yang akan kamu baca ini mendedahkan satu
RAHSIA TERBESAR di dalam hidup kamu.
Kamu perlu membacanya dengan baik dan teliti kerana
ia berkaitan dengan satu subjek yang
pasti akan mengubah pandangan kamu terhdap dunia luar.
Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan,
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan
falsafah kuno; tetapi ia diakui oleh setiap orang,
sama ada mereka mempercayainya atau tidak, dan ia juga
telah dibuktikan oleh sains hari ini…
——————————————————————————————
sila baca artikel di http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php

 

Bagi yang sudah membacanya pasti merasakan satu kesedaran yang luar biasa dalam diri kita. Saya membaca kedua2 buah buku ini sebanyak 2 hingga 3 kali bagi memahaminya. Jelas sekali apa yang dikatakan sebagai RAHSIA BESAR kehidupan dapat dihuraikan dan dibuktikan secara saintifik serta bersandarkan kepada firman Allah dan hadis Rasulullah.

saya berasa terawang-awang pula bila membacanya? bagaimana pula dengan anda? teringat peristiwa di padang mahsyar, segala semua ini akan dipampangkan di khalayak ramai. “Ya Allah, Ampunkanlah dosa dan ketelanjuranku…” jika dipampangkan, semua akan melihat, dari Nabi Adam hingga manusia yang terakhir dilahirkan di muka bumi. berapa banyak orang yang melihat perbuatanku? Semua nabi2, rasul2… mak, ayah, arwah atok, arwah nenek… arwah2 yang meninggalkan kita, para malaikat… semua menonton lakonan kita di muka bumi. Bukankah bagai membuat filem peribadi, yang semuanya sedang dirakam oleh kamera2 Allah sekarang? nantinya dipertontonkan semula. Andai kita melambai dan berkata, apa khabar semua yang sedang berada di padang mahsyar? itu juga akan ditontonkan nanti. dan diri kita di padang mahsyar tersenyum sendiri. bukankah masa itu sifar dan ruang itu kosong. Yang ada hanya ibadah dan ketaatan kepada Allah. Yang hanya adalah keabadian. Dan meneruskan lakonan yang sementara ini. Cuba sekalai lagi kita melambai, dan berkata… Ya Rasulullah… Aku amat rindu untuk menemuimu. Padahal itu juga yang ditayang nanti. Syafaat nabi akan diperolehi kepada umat nabi muhammad yang patuh dan taat kepada perintah Allah dan rasulnya. Ketika itu kita akan duduk bersama2 orang yang beriman bersama Nabi tercinta. Ya Allah, manisnya iman iaitu percaya kepada hari pembalasan. Moga kita semua didalam keredhaan Allah… Segalanya bagai tiada erti. Hanya keghairahan ingin menjadi pelakon dunia yang terbaik agar dinobatkan sebagai pemenang anugerah antara muslim yang paling bertaqwa di sisi Allah. Amin… jangan lupa melambai kepada penduduk2 dia akhirat…. AWAS!!! Anda diperhatikan oleh CCTV Allah 24 jam.

Di alam syurga pula??? syurga lah… cita-cita kita hendak ke syurga. Moga dimakbulkan. Amin… Di sana apa yang kita hendak semua kan tercapai. Manalah tau ingin melihat rakaman CCTV kita yang indah2 di dunia. Kita kan suka menonton TV dan VCD. Tak mustahil bagi Allah. Sedangkan kita sendiri pun Allah yang menciptakannya. Kita duduk di kerusi yang indah, dalam mahligai yang tak terkata indahnya. Menonton keadaan di padang mahsyar pula. Sedangkan padang mahsyar sedang menayangkan detik lambaian kita tadi di dunia. Sekarang, cuba lambai sekali lagi… dan kata… seronoknya kau di syurga… inilah lakonan aku di dunia.(kata diri anda kepada anda). Sebenarnya tiada hari ini dan akan datang. Yang ada hanya keabadian. Di sisi Allah semua ini telah berakhir. Tiada yang akhir kerana di syurga tiada titik masa yang akhir. Kita selamanya di sana, dan abadi selamanya.

Toleh kanan, CCTV Allah. Toleh kiri, CCTV Allah. Pandang atas CCTV Allah. Pandang bawah CCTV Allah. Belakang? Pun CCTV Allah. Indahnya semua ini. Indahnya kemanisan iman. Aku tak mampu menipu dan berpura2. Sedang aku menaip ni pun akan dipertontonkan kepada ada yang sedang membaca di padang mahsyar kelak. Selamat menonton…

Adakah aku yang hidup dalam persepsi yang pelik dan aneh? Atau inikah yang dikatakan dunia hanya sementara? Ataukah kemanisan iman. Moga apa yang ditaip ini memberi manfaat kepada kita semua. Dalam meningkatkan keimanan kepada Allah (SWT).

“Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib?. (Surah at-Taubah; 78)

Tuhan mendengar semua perkataan; sekalipun sewaktu seseorang itu memikirkan bahawa dia berbisik secara rahsia di balik pintu yang terhalang, dan dinding yang kukuh, Tuhan pasti akan mendengarnya. Tuhan mengetahui apa yang ada di dalam hatinya, apa yang disembunyikan dari pengetahun orang lain, demikian juga setiap yang di bawah dari sedarnya, yang dirinya sendiri tidak mengetahui.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: