DAULAH TERAKHIR

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

Istilah Daulah Islam perlu dikaji semula supaya konsep Daulah itu bersesuaian dengan zaman ini. Daulah Islam adalah sebuah badan pengurusan dan pentadbiran utama utk umat Islam merangkumi setiap aspek kehidupan mengikut keperluan yg telah diperuntukkan didalam tuntutan Islam secara menyeluruh(total).

Oleh yg demikian menjadi wajib utk diambil keseluruhan perkara yg perlu diurus dan ditadbir secara kaedah dan tertib yg tepat dengan struktur Islam. Tidak sama kaedah dan tertibnya didalam hal mengurus dan mentadbir diantara Daulah Islam dan Daulah Kufar. Pengurusan dan pentadbiran Daulah Kufar tidak mengambil peraturan2 agama sebagai garis panduan utama sebelum membentuk sesuatu dasar. Konsep Daulah Kufar lebih terarah kepada menyediakan dasar dan perkhidmatan utk menyempurnakan segala urusan mengikut tuntutan dunia dan bukannya mengikut tuntutan agama. Jadi pada dasarnya perbezaan diantara Daulah Islam dan Daulah Kufar adalah pada Daulah Islam mengutamakan tuntutan agama manakala Daulah Kufar mengutamakan tuntutan dunia.

Didalam urusan melantik khalifah sistem demokrasi tidak sesuai dengan Islam berbanding sistem pewarisan. Sejarah telah membuktikan yg mana lebih sesuai dengan Islam. Kita boleh ambil 2 contoh didalam sejarah Islam utk dinilai. Yg pertama ialah pada zaman Khulafa Ar Rashidin dan yg kedua ialah pada zaman Wali Songo. Di zaman Khulafa Ar Rashidin, perpecahan umat Islam berlaku angkara memilih siapa yg layak utk menjadi Khalifah. Bermula dari perlantikan Khalifah yg pertama lagi perpecahan dikalangan umat Islam berlaku dan diakhiri dengan pembunuhan Syadina Umar ra, Syaidina Usman ra, Syaidina Ali ra, Syaidina Hasan ra, Syaidina Husin ra dll. Apakah pembunuhan2 pemimpin2 Islam tidak merugikan umat Islam sendiri. Bukankah dengan jasa dan bakti Syaidina Umar ra, Syaidina Usman ra dan Syaidina Ali ra yg membantu Rasulullah saw utk menegakkankan syiar Islam pada waktu itu? Bukankah kerana amalan demokrasi umat Islam berpecah. Sesunggohnya demokrasi itu berunsur perpecahan dan assabiyah.

Di zaman Wali Songo, setelah tentera Islam yg diterajui oleh Wali Songo berjaya menjatuhkan kerajaan Majapahit Hindu yg zalim itu, Wali Songo telah mendirikan Kerajaan Islam Demak. Demi utk mengelakkan perebutan kuasa didalam Kerajan Islam Demak maka Wali Songo telah melantik Raden Fatah sebagai Raja. Ada 2 faktor penting yg diambil kira utk melantik Raden Fatah sebagai Raja. Yg pertama kerana beliau adalah anak kepada Prabu Kertabumi Brawijaya ke 5 dan beliau juga adalah seorang yg berpegang teguh kepada ajaran Islam dan turut sama berperang dengan Kerajaan Majapahit Hindu yg diperintah oleh ayahandanya sendiri. Dengan terlantiknya Raden Fatah, Islam makin berkembang dan rakyatnya tidak berpecah belah malah makin bersatu utk mengembangkan lagi syiar Islam di Nusantara. Bukankah ini contoh yg baik. Sejarah Wali Songo adalah sejarah Islam dan bukan sekadar sejarah Indonesia. Kenapakah umat Islam lebih nampak sejarah di arab saja adalah sejarah Islam yg perlu diambil contoh sedangkan organisasi Wali Songo diasaskan oleh ahlul bait Rasulullah saw iaitu Maulana Malik Ibrahim atau Sheikh Maghribi yg berjaya mengislamkan ramai orang2 Melayu. Dengan jasa mereka inilah ramai dilahirkan didalam keluarga Melayu Islam sekarang. Sewaktu menjelajah Tanah Jawa pada tahun 2000 utk melihat masalah Fahaman Islam dan Ekonomi Islam disana, sungguh amat menyedihkan bila melihat umat Islam di Kristiankan dengan strategi yg jahat. Tidak ada pun negara2 Islam yg kaya raya datang menyelamatkan umat Islam yg ditindas disana. Pemimpin negara2 Islam hanya sibuk menjaga telaga2 minyak utk menjamin kedudukkan mereka didunia tetapi lali utk melihat jaminan mereka diakhirat kelak. Bukankah harta itu dikurniakan utk membangunkan Islam? Apakah hasil bumi di Arab utk orang Arab sahaja atau utk Islam?

Daulah Islam perlu menyediakan sistem pendidikan yg bersesuaian dengan Islam merangkumi Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Allah SWT menyediakan syariat sebagai satu proses utk membudayakan manusia dengan sikap2 yg benar. Ini juga bermakna syariat berfungsi untuk membuang imej dan perlakuan yang tidak benar. Oleh itu syariat adalah peraturan yang perlu di ikut supaya seseorang itu memperlihatkan imej dan perlakuan yang benar (hak). Tarekat pula adalah satu proses untuk menenggelamkan kebatilan yg sedia wujud pd akal. Apabila yang batil ditenggelamkan maka yang hak akan timbul. Maka dengan proses ini akal akan memiliki budaya berfikir secara benar (hak).

Hakikat pula adalah satu proses dimana jiwa (naluri,perasaan) dibersihkan daripada sebarang bentuk kebatilan. Dengan proses hakikat ini maka manusia itu tidak lagi memiliki sebarang bentuk perasaan yang batil. Oleh itu dia hanya akan memiliki rasa yang benar sahaja. Manusia yang sudah selesai ketiga-tiga proses tadi sudah mempunyai keseimbangan dari sudut perlakuan, percakapan dan perasaan yang benar. Makrifat adalah satu proses untuk mengenal yang benar. Orang yang sampai ke peringkat makrifat dikurniakan oleh Allah SWT ilmu untuk mengenal yang benar iaitu wajah yg benar, sifat yg benar, percakapan yg benar dan perlakuan yg benar. Oleh yg demikian dia tidak akan tertipu oleh pendengaran dan penglihatan. Manusia tidak boleh berpura-pura dengannya. Walaupun seseorang itu datang dengan wajah yg riang tetapi perasaannya sedih, maka kesedihannya itu diketahui juga. Kalau seseorang itu datang dengan niat nak menipu, maka niatnya itu akan dapat di kesan juga. Begitulah yg Allah SWT kurniakan kepada mereka yg melengkapi kempat-empat proses itu.

Pada zaman Rasulullah saw, hanya Baginda saw saja yg telah melalui keempat-empat proses tersebut. Rasulullah saw tidak mewujudkan pengajian Tarekat kerana Tarekat hanya boleh diwujudkan setelah proses menyempurnakan syariat itu siap sepenuhnya. Maka Rasulullah saw tertumpu kepada melengkapkan syariat sehingga selesai. Tugas untuk mewujudkan Tarekat telah diserahkan kepada Syaidina Ali bin Abi Thalib ra. Pengajian Tarekat banyak berkembang di sebelah di Parsi. Sebab itu banyak ahli Sufi datangnya dari kaum Ajam di Parsi. Semua pengasas Tarekat adalah ahlulbait Baginda saw. Sheikh Abdul Kadir Jilani adalah salah seorang daripadanya. Beliau mengasaskan Tarekat Qadariah.

Pengajian Tarekat sampai ke Nusantara di zaman Kerajaan Melayu Islam sebelum era penjajahan. Mata rantai Tarekat bergerak ke seluruh Nusantara bermula dari Sumatera sampai ke Pattani. Pengajian Tarekat mula pupus setelah British dan sekutu-sekutunya melancarkan penjajahan. Dengan lenyapnya sistem Khulafa Islam dan pupusnya Tarekat maka senanglah hati Yahudi. Yahudi amat faham apa yang akan terjadi kepada Islam jika Sistem Khulafa di matikan dan Tarekat di pupuskan. Sudah masanya Islam di bangunkan semula oleh orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT. Kembalikanlah Hak pada yang Hak. Sejarah Pasti Terulang.

Oleh itu Daulah Islam perlu menghidupkan semula pengajian Tarekat utk menyempurnakan putaran yg diperlukan utk menghidupkan Islam. Dengan hidupnya putaran yg lengkap diantara Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat maka cahaya Al Quran akan bersinar kembali ke dunia ini. Dengan terpancarnya cahaya Al Quran barulah mesjid kembali bersinar dengan hidayah. Tetapi percayalah bahawa tidak ramai yg sanggup menyerahkan kuasanya, hartanya, ilmunya, masanya, tenaganya kepada jalan Allah SWT. Hanya yg ikhlas sahaja akan sanggup mengorbankan semuanya ke jalan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yg tersembunyi dihati manusia.

Allah SWT akan mengutuskan hamba-hambaNya yang jahil tapi ikhlas untuk mengeluarkan umat Islam dari kejahilan. Allah SWT akan mengutuskan hamba-hambaNya yg miskin utk mengeluarkan umat Islam dari kemiskinan. Allah SWT akan mengutuskan hamba-hambaNya yang hina tapi ikhlas utk mengeluarkan umat Islam dari kehinaan. Ini adalah kerana mereka yg berilmu, yg kaya dan yg berdarjat sudah tidak ikhlas lagi kepada Allah SWT. Mereka bermegah-megah dengan ilmu-ilmu mereka, mereka bermewah-mewah dengan harta benda mereka dan mereka berbangga-bangga dengan darjat mereka. Tiadalah yg mereka punya melainkan kerugian.

Islam akan bermula semula dalam keadaan asing.
Sejarah Pasti Terulang.

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “DAULAH TERAKHIR”

RSS Feed for Spirit Of Tiger : A Global Mission 2012 – 2020 Comments RSS Feed

Salam saudaraku,

Saya terjumpa pelbagai blog yang menceritakan tentang konspirasi penjajahan Yahudi Kufar ke atas umat manusia di dunia ini sejak zaman lampau sehingga kini. Semakin ramai yang berbicara tentangnya dan percaya kita sedang berada di kemuncaknya. Pelbagai teori telah membentuk keyakinan bahawa kemunculan Imam Mahadi semakin hampir mungkin dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Dengan rasa rendah diri, saya akui saya sangat tertarik dengan kajian-kajian konspirasi di akhir zaman ini. Saya rasa bersyukur kerana maklumat berharga ini berada di hadapan saya dan telah membangunkan saya dari terus terleka dengan urusan duniawi. Semakin hari saya dapat rasakan perasaan rindu terhadap kebangkitan syiar Islam semakin menggunung.

Namun persoalan yang sedang mengganggu fikiran saya ketika ini adalah apakah langkah pertama yang perlu saya lakukan untuk memberi sumbangan terhadap kebangkitan Islam. Hati saya ikhlas untuk keluar dari sistem Yahudi yg ada pada hari ini, tapi ke mana arah perjuangan saya selepas ini ? Di manakah kelompok pejuang Daulah Islamiah ketika ini ? Saya sentiasa berdoa agar diberi petunjuk agar dipertemukan dengan pejuang Islam akhir zaman yg sebenar agar saya dapat berjuang bersama-sama menegakkan Daulah Islam yang sebenar. Ketika ini hanya kerakusan Yahudi yang sering diperkatakan, tetapi tiada satu pun gerakan di pihak Islam yang berani ke depan mengajak umat Islam hari ini yang masih dijajah oleh sistem Yahudi untuk bersama-sama berhijrah dan berjuang menegakkan Daulah Islam.

Saya percaya ramai umat Islam di Nusantara ini telah sedar keadaan akhir zaman ini dan sanggup berjihad menentang Daulah Kufar. Tapi masalah utama adalah di manakah golongan pejuang Daulah Islam yg sebenar ketika ini ? Kami yg masih kekurangan ilmu masih ternanti-nanti khabar gembira yang membuka jalan dan mengajak kami ke dalam jihad Daulah Islam. Semoga waktu yang dinanti itu akan tiba.

Salam perjuangan!


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: