AGAMA DAN KERAJAAN

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”
(Surah Al-Israa’, Ayat 111)

Diantara Agama dan Kerajaan, yg mana satu lebih dulu diwujudkan oleh Allah SWT? Sudah pastinya agama lebih dulu diwujudkan. Sebelum Nabi Adam as dilantik menjadi Khalifah dan Nabi, agama telah bermula disyurga lagi dengan hanya satu perintah iaitu “jangan dekati pohon kayu itu” Setelah perintah yg pertama itu dilanggari, maka diturunkan Nabi Adam as ke bumi dan setelah Nabi Adam as bertaubat, beliau telah dilantik menjadi khalifah dan nabi yg pertama. Khalifah adalah jawatan utk mentadbir kerajaan manakala nabi pula adalah jawatan utk mentadbir agama. Maka urusan khalifah dan nabi yg bermula dengan Nabi Adam as seterusnya bersambung melalui keturunan beliau sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw.

Allah SWT menyempurnakan Islam setelah Nabi Muhammad saw berjaya membentuk Daulah Islam di Kota Madinah. Agama adalah yg pertama diwujudkan dan yg terakhir disempurnakan. Ini bermakna kerajaan diletakkan didalam agama dan bukan sebaliknya. Tetapi hari ini manusia meletakkan agama didalam kerajaan. Jadi kita harus kaji apa perbezaannya diantara Islam didalam kerajaan dan kerajaan didalam Islam. Yg mana satu sesuai mengikut kaedah dan tertib yg telah Allah SWT tetapkan sebenarnya. Kerajaan perlu ditadbir dengan kaedah Islam dan bukannya Islam ditadbir mengikut cara kerajaan. Jika kita meletakkan kerajaan didalam Islam barulah bersesuaian dengan maksud ayat diatas iaitu “dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh”

Kerajaan Allah itu dilangit dan dibumi. Ini juga dinyatakan di dalam Al Quran. Persoalannya ialah kerjaan Allah dibumi itu bagaimana bentuknya dan siapakah yg menjadi petugas2 Allah SWT yg memerintah kerajaan Allah dibumi bagi pihak Allah SWT? Kalau kita lihat pada kerajaan2 yg ada dimuka bumi ini sekarang, maka tidak ada satu pun daripada kerajaan yg wujud sekarang mengamalkan konsep kerajaan didalam Islam. Kesemuanya mengamalkan konsep Islam didalam kerajaan. Adakah kerajaan2 ini sesuai dipanggil dengan Kerajaan Islam? Anda nilailah sendiri, asal apa yg anda nilai itu bersesuaian dengan kehendak Allah SWT kerana yg selain daripada cara Allah SWT itu adalah cara yg kufar dan tidak diterima oleh Allah SWT. Jadi kita harus berhati-hati dengan sebarang pengakuan takut2 ianya bertentang dengan syahadah sama ada secara sedar atau tidak. Tidak sedar kerana kita jahil. Kita jahil kerana kita tidak mencari agama. Tidak mencari agama bererti tidak memerlukan agama dalam erti kata yg sebenarnya. Tidak memerlukan agama sekali gus bererti tidak memerlukan tuhan. Jadi usahalah bersungguh-sungguh utk belajar agama. Itu baru tandanya kita sungguh2 mahukan agama. Tetapi kita juga harus jangan berhenti pada mencari agama sahaja kerana agama hanyalah jalan utk mencari Allah SWT. Allah SWT telah memberi peringatan didalam Al Quran bahawa sesiapa yg tidak berhajat utk bertemu Allah maka Allah juga tidak akan berhajat utk menemuinya. Apakah bila manusia tidak mencari Allah maka dia boleh mengatakan bahawa dia berhajat bertemu dengan Allah SWT? Ramai yg keliru atau dikelirukan………….

 

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: