TUJUH PERKASA 2010

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

SALAM PERJUANGAN GAYONG

7 Julai 2009 (Klang, Selangor, Malaysia)

Salam perjuangan Gayong… Moga Allah member petunjuk.

Kepada yang masih setia dan faham tentang perjuangan Gayong pastinya tidak lupa akan amanat2, nasihat2 dan peringatan darpada Mahaguru kita. Allahyarham mengatakan bahawa kita semua sedang bersiap sedia dan disiapkan untuk berjuang menentang kezaliman yang “akan” berlaku nanti. Ia melibatkan sesuatu yang sangat “dahsyat” jika dibandingkan dengan apa-apa pun yang kita alami sebelum ini.

Mungkin ada sebahgian dari anak Gayong yang mengenali saya, mengetahui bahawa saya telah ditimpa “musibah” dan “ujian” yang memeritkan sebelum ini. Saya menganggap semua itu ujian daripada Tuhan yang Maha Penyayang. Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya.

Ramalan Allahyarham Mahaguru juga bahawa Gayong akan “terkenal” di serata dunia pastinya mempunyai maksud yang mendalam. Gayong bakal terkenal bukan hanya kerana kehebatan silibus pelajaran dan keahlian yang ramai. Ia kerana wujudnya hati yang bagai “kepingan-kepingan besi” di dalam dada anak-anak Gayong. Hati yang teguh dan sanggup mati berjuang menghancurkan kezaliman, kemungkaran demi menegakkan kalimah Yang Esa.

”TUJUH PERKASA”

1.  Menyatukan Gayong dan Pembentukan “Angkatan Gayong Malaysia” (AGM).

    – Penggabungan empat Pertubuhan Gayong. (Gayong Malaysia, Gayong Pusaka, Gayong Warisan dan Gayong Pasak).

    – Sebagai pertahanan Negara lapisan ke-3 selepas ATM dan PDRM.

    2.  Menyelaraskan Pelajaran Gayong.

      – Diketuai oleh Cikgu Sazali Meor Abdul Rahman.

      – Bersama-sama 4 wakil setiap Pertubuhan Gayong, menetap dan menyelaras 5 pelajaran asas Gayong.

      (Tumbuk Pintal Tali, Seni Pancung Dayung, Lambung Kemudi, Tolak Lintang dan Tebar Jala).

      3.   Mendaftarkan Semula Semua Ahli Gayong Serata Dunia Secara Online.

        – Setiap ahli AGM dikenakan bayaran pendaftaran RM 100 seumur hidup.

        – Semua ahli AGM merupakan ahli seumur hidup.

        – Ahli luar Negara juga perlu mendaftarkan diri.

        – Sistem dalam pendaftaran online perlu mesra pengguna. Ahli boleh membuat bayaran secara bank-in atau kad kredit.

        – Untuk sementara, borang online yang di isi boleh di print sebagai bukti sementara.

        – Kad Ahli akan diposkan dengan kadar segera.

        4.   Menganjurkan “Perhimpunan Rasaksa Gayong Sedunia 2010”.

          – Perasmian pembentukan AGM.

          – Pelancaran web rasmi AGM.

          – Bayaran masuk adalah RM 20.

          – Jika hanya 50,000 ahli yang turut serta, AGM akan mendapat kutipan sebanyak RM 1 juta.

          – Demonstrasi Rasaksa 5 Pelajaran Asas Gayong oleh 4 Pertubuhan Gayong

          – Demonstrasi Rasaksa setiap Pertubuhan Gayong .

          – Demonstrasi Rasaksa Gayong setiap Negara.

          – Dianjurkan setahun sekali.

          5.     Menyelaraskan Bayaran Keahlian dan Yuran Latihan.

            – Bayaran keahlian sebanyak RM 100 dikenakan kepada ahli AGM seumur hidup.

            – Jika terdapat 10,000 anak Gayong mendaftar sebagai ahli, maka kutipan yang akan diperolehi adalah RM 1 juta.

            – Yuran latihan adalah RM 5 setiap kali menghadiri sesi latihan. Jika pesilat tidak hadir, yuran tidak akan dikenakan untuk hari itu.

            6.     Melantik Pengurus Dana Kewangan Gayong (En. Shahrulnizam : 016-3680620).

              – Segala urusan dana dan kewangan Gayong akan diuruskan dengan rapi dan teliti.

              – Kutipan “Perhimpunan Rasaksa Gayong Sedunia 2010” adalah RM 1 juta.

              – Kutipan “Pendaftaran Keahlian Seumur Hidup 10,000 anak Gayong” adalah RM 1 juta.

              – Ini adalah sebahagian kecil “Dana Gayong Antarabangsa” yang bakal diperolehi.

              – Bukan semua yuran yang dikenakan akan diambil oleh Gurulatih. Sebahagiannya perlu diserahkan kepada pihak pertubuhan sebagai sumbangan. Tak kira dimana juga gelanggang dan gurulatih Gayong mengajar di serata dunia, setiap bulan, 10% daripada kutipan hasil yuran perlu wajib diserahkan kepada pihak pertubuhan.

              – Gayong pastinya mempunyai tender tersendiri dalam penyediaan bengkong, lencana dan uniform. Ia boleh diluaskan dengan memilih tender bagi barangan lain. Contohnya tabung yuran latihan, khas untuk mengutip yuran. Tabung tersebut boleh dibuat khas oleh pihak koperasi pertubuhan. Sekiranya satu tabung berharga RM 20. Maka kita hitung pula bilangan gelanggang yang ada di seluruh Malaysia. Kemudian ia perlu  diselaraskan di seluruh dunia.

              – Koperasi juga boleh menyediakan sebuah t’shirt khas yang standard yang perlu dimikiki oleh setiap anak Gayong di serata dunia. Juga baju batik standard khas. Juga pakaian Baju Melayu hitam yang standard khas, sampin, tenggolok dan juga capal. Semua ini disediakan oleh pihak koperasi Gayong dan anak Gayong diwajibkan mendapatkannya dari koperasi Gayong.

              – Kita mengambil contoh t’shirt yang berharga RM 30. Maka dapatlah kita hitung berapakah keuntungan pihak koperasi sekiranya ahli Gayong seluruh dunia mendapatkannya.

              – Pengurusan stok yang cekap perlu dibuat bagi memastikan kelancaran proses ini. Hanya menggunakan saiz-saiz yang standard dunia iaitu saiz S, M, L, XL dan sebagainya. Termasuk saiz baju Melayu hitam. Songkok, tenggolok dan butang baju tidak dikecualikan. Ini belum termasuk stiker, kie chain dan barangan yang lain.

              – Barangan lain yang boleh dan perlu distandarkan ialah senjata Gayong. Pihak koperasi perlulah menyediakan senjata yang standard untuk Gayong, kecuali senjata-senjata yang mengikut ukuran badan pesilat.

              – En. Shahrulnizam yang dilantik sebagai pengurus dana kewangan Gayong ini akan menentukan bagaimana hasil daripada kutipan ini akan dimanfaatkan. Contohnya membeli bangunan Gayong di setiap negeri. Bangunan pertama ialah di Kuala Lumpur kerana di situlah pusat pentadbiran Gayong pada masa kini. Disitu jugalah tempat segala urusan pentadbiran dijalankan. Seterusnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

              7. Menyelaraskan Sistem Laporan Perancangan dan Aktiviti Gayong di Setiap Gelanggang.

                – Web AGM nanti akan ada kemudahan log-in untuk Setiausaha gelanggang. Setiausaha akan mengisi borang ringkas “perancangan” dan “pelaksanaan” aktiviti gelanggang dan terus submit secara online.

                TUJUH PERKASA

                1.   MENYATUKAN GAYONG DAN PEMBENTUKAN “ANGKATAN GAYONG MALAYSIA”

                AGM adalah gabungan keempat-empat pertubuhan Gayong terbesar di Malaysia. Ia adalah Gayong Malaysia, Gayong Pusaka, Gayong Warisan dan Gayong Pasak. YDP AGM nanti akan mengepalai AGM. AGM akan terbentuk setelah mendapat  persetujuan oleh keempat-empat presiden atau ketua setiap pertubuhan dan jika diberi perkenan YDPA.

                AGM diserapkan dibawah pasukan RELA. Ahli akan diberikan kad keahlian khas RELA. Logo RELA dan Gayong tertera di kad tersebut. Kad yang dibuat perlulah berkualiti tinggi dan mempunyai cip keselamatan. Barangsiapa yang mempunyai kad keahlian AGM, boleh terus membuka gelanggang Gayong, dengan hanya menunjukkan kad yang asal serta menyerahkan salinan photostatnya dan juga menyerahkan salinan kad pengenalan kepada pihak yang berkenaan.

                Angkatan ini akan membuat persembahan Gayong semasa perasmian, penutup atau apa juga aktiviti RELA dan program kemasyarakatan.

                Untuk membezakan ahli AGM dan ahli RELA, terdapat sedikit perbezaan. Perbezaan yang hanya sedikit dan cukup memberi kesan yang besar. Seluar, talipinggang dan kasut adalah sama seperti ahli rela yang lain, namun memakai t’shirt tanpa koler berwarna hitam dengan logo “Baju Perang Gayong” yang tersemat di dada. Logo ini pernah digunakan di baju perang Allahyarham Dato’ Mahaguru. Ini adalah uniform untuk perhimpunan atau yang tidak melibatkan demonstrasi AGM. Ini kerana baju ini adalah pakaian yang mempunyai lambang-lambang ”bersih” dan ”suci”. Untuk demo AGM, uniform lengkap persilatan AGM akan dipakai. Ia mengikut contoh design yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Dato’ Mahaguru. Beret semua ahli AGM adalah berwarna ”hitam”, sedangkan ketua angkatan ini memakai beret berwarna ”biru”. Hitam adalah tanda bayang-bayang. Dan biru adalah tanda sunnah Rasulullah.

                Angkatan ini juga merupakan lapisan pertahanan negara yang ke-3, selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Lapisan ke-3 ini menjadi benteng kepada keselamatan negara sekiranya kedaulatan negara diceroboh. AGM akan hanya “bangkit” dan “bertindak” setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong (YDPA).

                2. PENYELERASAN PELAJARAN GAYONG

                alah satu permasalahan yang timbul dalam PSSGM ialah penyelarasan silibus di peringkat kebangsaan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh anak-anak Gayong seluruhnya untuk menyelesaikan permasalahan ini.

                Kita perlu faham akan kedudukan guru-guru lama (senior) yang sentiasa ingin mempertahankan pelajaran yang diturunkan oleh Allahyarham Mahaguru. Setiap daripada guru-guru tua yang kita sanjungi menerima ilmu Gayong yang berbeza dari seseorang kepada seseorang yang lain. Jika kita di kedudukan mereka tentu kita akan melakukan perkara yang sama. Iaitu mempertahankan keaslian ilmu Gayong mengikut apa yang telah dipelajari sekian lama.

                Usaha telah dijalankan oleh Cikgu Ahmad Wan Fauzi bagi menyelaraskan silibus sehingga ke peringkat kebangsaan, sehingga ke bengkong Pelangi Hitam HPCS. Namun mendapat sambutan yang agak dingin daripada ramai pihak. Tidak ada sesiapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Kerana setiap dari kita mempunyai pendapat yang berbeza…

                Saya ada cara yang mungkin agak “aneh” dan jika dipraktikkan ia mungkin dapat memberi kesan yang besar dalam isu ini. Satu daripada pelajaran yang sama dikalangan anak-anak Gayong ialah “Tumbuk Pintal Tali” dan “Seni Pancung Dayung”. Serta tendangan “Lambung Kemudi”, “Tolak Lintang” dan “Tebar Jala”. Selaraskan dahulu lima pelajaran ini.

                Rancang satu hari yang sesuai yang dinamakan “Perhimpunan Rasaksa Gayong Sedunia 2010”. Dalam perhimpunan itu, kita bersama akan membuat gerakan ini beramai ramai. Penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lautan anak-amak Gayong serata dunia. Stadium padang dipenuhi dengan ribuan anak Gayong yang membuat 5 pergerakan yang sama ini. Tak kira dari Gayong mana, asalkan daripada aliran Allahyarham Dato’ Mahaguru. Gayong Malaysia, Pusaka Gayong, Gayong Warisan dan Gayong Pasak.

                Selepas itu, buatlah demo Gayong setiap Negara atau negeri serta pertubuhan masing2. Masing2 tunjukkan dan bongkarlah segala ilmu-ilmu yang dipelajari selama ini. Dengan ini, sedarlah kita bahawa luasnya ilmu Allah dan betapa bijaknya Pendita Gayong kita Allahyarham Dato’ Meor dalam meramalkan bahawa Gayong kan bercantum semula.

                Inilah jaringan gayong antarabangsa yang membentuk dan membina sebuah World Gayong Prade (WGP) atau Angkatan Gayong Sedunia (AGS).

                3. MENDAFTARKAN SEMULA SEMUA AHLI GAYONG SERATA DUNIA SECARA ONLINE

                Satu laman web rasmi AGM akan di buka untuk dilayari oleh sesiapa sahaja di dunia. Ia mengandungi borang keahlian yang lengkap. Setelah mendaftar, ahli akan menerima ID pengguna untuk log in. Dengan ini ia memudahkan tugas setiausaha. Beliau tidak perlu lagi kie-in maklumat dan data ahli yang bilangannya bakal mencecah jutaan orang. Bayaran ahli seumur hidup sebanyak RM 100 tadi boleh terus di transfer atau bank-in, agar segalanya dapat dilakukan dengan pantas. Dengan ini kita akan mendapat Pengkalan Data Gayong Antarabangsa (International Gayong Data Base), yang lengkap tentang maklumat ahli AGM  serta bilangan ahli Gayong di serta dunia. Maklumat tentang gelanggang, Gurulatih, daerah, negeri dan Negara mana ahli tersebut, dapat diketahui. Maklumat dan data ini nanti tidak akan didedahkan dan hanya akan disimpan oleh Setiausaha Agong AGM.

                Dalam borang tersebut pastinya terdapat maklumat2 peribadi sebagaimana borang manual sekarang. Namun terdapat satu klik yang menyatakan persetujuan untuk menjadi ahli Gayong serta patuh kepada peraturan Pertubuhan.

                4.   MENGANJURKAN PERHIMPUNAN RASAKSA GAYONG SEDUNIA 2010

                Saya  mencadangkan agar AGM menganjurkan sebuah perhimpunan Rasaksa Gayong Sedunia. Ia akan dihadiri dan dibanjiri oleh lautan anak-anak Gayong di serata dunia sekiranya ia menjadi kenyataan. YDPA akan bertitah dan merasmikan pembukaan perhimpunan  rasaksa ini. Tiket masuk yang dikenakan adalah RM 20. Dan sekiranya hanya 50,000 anak Gayong yang hadir, kita akan mendapat dana sebanyak RM 1,000,000. Dan dana ini nanti akan digunakan untuk membeli bangunan Gayong sebagimana yang telah lama dihajat dan dicita-citakan oleh anak-anak Gayong selama ini.

                5. MENYELARASKAN BAYARAN KEAHLIAN DAN YURAN LATIHAN.

                  Semua ahli AGM merupakan ahli seumur hidup dan dikenakan bayaran sebanyak RM 100.

                  Bagi bayaran yuran latihan pula, oleh kerana tiada satu penyelarasan maka yuran latihan diambil sambil lewa. Akhirnya kebajikan guru-guru yang kita sanjungi akan terabai.

                  Saya ada mempraktikkan kaedah bayaran yuran saya sendiri di 4 buah gelanggang di sekitar daerah Klang dan Shah Alam. Ia bukan lagi berbentuk bulanan. Ia mengambil kaedah guru-guru silat kampung yang lama dahulu. Di mana yuran diambil apabila seorang pesilat hadir ke sesi
                  latihan pada hari tersebut. Jika tidak hadir, pesilat tidak perlu membayar yuran latihan pada sesi latihan tersebut.

                  Saya mempraktikkan bayaran RM 5 setiap kali hadir menjalani latihan. Jika sebulan hanya sekali latihan, maka jumlah latihan adalah 4 dan jumlahnya RM 20. Sekiranya 2 kali latihan seminggu, dan pesilat hadir penuh, maka yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 40.

                  Setelah mempraktikkannya bermula Januari 2009, tiada masalah yang dihadapi. Tiada pula rungutan daripada murid atau ibu bapa tentang kaedah dan jumlah bayarannya. Mungkin ada yang berpendapat, di Selangor, penduduknya berpendapatan tinggi. Namun tidak semua
                  begitu, ada seorang bapa kepada seorang pesilat hidup dalam keadaan sederhana,
                  mampu juga menjelaskannya walaupun hati ini berat hati hendak menerimanya, namun
                  ia adalah sebahgian kepada didikan kepada anggota masyarakat agar manghargai ilmu Gayong.

                  Ia dilakukan dengan cara meminta semua pesilat beratur dalam satu barisan yang panjang sebelum memulakan latihan. Bayaran RM 5 tadi akan dimasukkan dalam sebuah tabung yang khas dan standard bagi Gayong. Semasa proses ini, sekiranya terdapat pesilat yang tidak membawa duit bayaran, akan dicatatkan namanya oleh Bendahari gelanggang. Ia pastinya dapat melancarkan proses yang mulanya sukar. Lama kelamaan anak Gayong dan masyarakat akan terdidik untuk menghargai ilmu Gayong.

                  “Gayong bukan barang murahan… Gayong tidak ternilai… Dan Gayong bukan untuk dijual…”. Itu kata-kata saya ketika menjelaskan tentang pentingnya yuran serta tingginya martabat ilmu Gayong.

                  6. MELANTIK PENGURUS DANA DAN KEWANGAN AGM

                    (En. Shahrulnizam : 016-3680620).

                    Beliau akan menguruskan koperasi AGM. Kopersasi ini akan membantu anak-anak Gayong seluruh dunia untuk menjana pendapatan. Ia juga  bersifat global. Maka dengan itu, bukan sahaja anak-anak Gayong di Malaysia sahaja yang mendapat manfaat daripadanya, malah manfaat kepada anak-anak Gayong seluruhnya. Beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang pelan rancangan serta cara menjana dan merancakkan ekonomi anak-anak Gayong serata dunia.

                    7. Laporan aktiviti Gayong di setiap gelanggang.

                      Setiap hujuang bulan setiap gelanggang perlu menghantar laporan segala ”perancangan” dan ”pelaksanaan” segala aktiviti gelanggang termasuk Majlis Perlimau Tapak, Demo dan sebagainya. Ia bagi memudahkan pihak pertubuhan menghebahkan segala berita terkini mengenai aktiviti Gayong di serata dunia secara pantas dan berkesan.

                      Caranya amat mudah dan hanya dilakukan di hujung jari. Setiausaha gelanggan perlu log in ID mereka serta mencatatkan segala aktiviti yang dilakukan. Ia termasuklah bilangan ahli yang hadir, putera dan puteri. Masa bermulanya latihan dan tamat latihan. Kehadiran Gurulatih ke gelanggang juga perlu dicatatkan, catat sama ada gurulatih hadir atau tidak, pembantu yang menggantikan gurulatih dan segalanya. Ia perlu juga disertakan gambar yang sedia di upload, setiap kali majlis, aktiviti, atau sesi latihan dan di sertakan bersama-sama laporan tadi.

                      TINDAKAN SERTA MERTA

                      1. Mendaftarkan Semula Semula Semua Ahli Gayong Serata Dunia Secara Online.

                        Oleh kerana laman web rasmi pendaftaran online belum disiapkan lagi, saya mencadangkan agar tempoh dua minggu diberi kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat untuk menyediakan web rasmi. Sementara menunggu proses pendaftaran AGM, semua ahli Gayong diminta agar mendaftar semula sebagai ahli seumur hidup. Dalam tempoh seminggu setelah ianya siap, semua anak-anak Gayong boleh melayarinya dan membuat pendaftaran secara online dan terus transfer RM 100 sebagai yuran seumur hidup PSSGM.

                        2. Mendaftarkan AGM.

                          Saya mencadangkan Cikgu Kamal Hussein menjadi Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Perlembagaan dan seterusnya mencadangkan agar AGM didaftarkan mengikut lunas-lunas perlembagaan dan peraturan Negara.

                          3. Pembentukan Jawatankuasa “Perhimpunan Rasaksa Gayong Sedunia 2010”.

                            Saya mencadangkan Cikgu Sazali Meor Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Demonstrasi. Saya mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas dibentuk untuk program ini. Keempat-empat wakil pertubuhan bersama Cikgu Sazali dicadangkan agar berjumpa bermesyuarat dan sama-sama berbincang mengenai perhimpunan rasaksa ini.

                            4. Kutipan Yuran latihan.

                              Saya juga mencadangkan agar kutipan yuran latihan seperti yang diterangkan di atas, dilakukan serta merta. Ini bagi menjaga kebajikan dan memartabatkan Gayong, kerana Gayong bukan barang mainan dan Gayong bukan barang murahan. Namun ia perlu dirujuk kepada pakar-pakar perundangan dan perlembagaan pertubuhan agar segalanya mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan.

                              Hanya empat perkara di atas yang perlu dilaksanakan dengan serta merta.

                              Sebenarnya banyak lagi cadangan yang bernas yang boleh kita lontarkan selaku anak Gayong. Kita perlu rujuk kepada guru-guru tua, pakar-pakar pentadbiran dan meminta pandangan pula daripada generasi muda. Semoga apa yang kita lakukan bersama akan memberi manfaat dan diberi berkat.

                              SEKADAR HIBURAN

                              KODE RAHSIA LOGO GAYONG
                              Terdapat kode “rahsia” yang terdapat dalam logo Gayong. Logo “keramat” yang tersemat di dada anak-anak Gayong seluruhnya. Terdapat lambang Naga yang memberi maksud “Naga Gayong” iaitu kemunculan Dato’ Meor Abdul Rahman selaku seorang yang mengasas dan menyebarkan “Gayong”. Dan naga itu mengelilingi bumi, bagi menunjukkan bahawa Gayong bakal terkenal di serata dunia dan bakal melindungi hak seluruh penduduk bumi ini.

                              Terdapat lambang Harimau. Kode rahsia di sebalik Harimau adalah, akan muncul seorang pemuda anak Gayong yang bakal menyatupadu, menyedar dan memimpin Angkatan Gayong bila masanya tiba nanti. Harimau melambangkan kekuatan dan semangatnya bagaikan seekor Harimau. Namun kasih dan penyayang sesama manusia dan makhluk bagaikan sayangnya sang rimau terhadap anak-anaknya. Harimau juga melambangkan sifat harimau menyimpan kuku. Bila tidak memerlukan, tidak membinasakan. Bila musuh menyerang, barulah kuku itu digunakan untuk memusnahkan. Kembaran Dato’ Meor Abdul Rahman iaitu seekor naga sedang bertapa di lautan Tanah Jawa. Jika Dato’ Meor Abdul Rahman mempunyai kembaran seekor naga, “Sang Rimau Gayong” juga mempunyai kembaran yang ghaib yang sedang bertapa menunggu masa untuk bergabung bercantum bersama juga bila masanya tiba nanti.

                              Kode seterusnya ialah keris dua bersilang tanpa sarung, dan terhunus ke langit. Sebagaimana umum diketahui zahirnya ia melambangkan kekuatan laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat. Tanpa sarung melambangkan anak-anak Gayong sentiasa bersiap sedia untuk bertindak pada bila-bila masa. Kode rahsianya pula ialah melambangkan kekuatan Laksama Hang Tuah dan Panglima Taming Sari. Kode yang bermaksud, bangsa Melayu dan Jawa akan berpadu bersatu membela nasib umat manusia

                              Jika dibaca tentang sejarah Laksamana Hang Tuah, beliau telah berguru dengan ahli pertapaan “Jawa” iaitu Sang Adi Putera. Gurunya telah memberitahu dan kelemahan Panglima Tamingsari.

                              Berikut adalah info tentang Taming Sari yang saya petik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Taming_Sari

                              “Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah”.

                              “Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati”.

                              “Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai “Keris Taming Sari” dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat”.

                              “Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak dan disimpan oleh keturunan raja-raja Perak”.

                              Begitulah gagahnya Penglima dan Laksamana kita dia Rumpun Nusantara. Guru, murid dan lawan tak lari daripada rumpun yang sama, Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa.

                              Terdapat dua bilah keris juga mempunya kode yang tersembunyi. Ia membawa maksud bahawa “Sang Rimau Gayong” akan menyatupadukan Gayong dengan membawa kedua-dua bilah keris tadi bagi menunjukkan maksud penyatuan Bangsa Melayu dan Jawa. Keris tersebut ialah keris Pusaka Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa. Keris pusaka Bangsa Melayu ialah “Keris Pendawa Lima” yang sekarang tersimpan dan disimpan oleh seorang anak Gayong. Keris kedua ialah keris “Taming Sari”. Keris pusaka milik asal Panglima Jawa, Panglima Tamingsari. Bila suatu hari nanti kedua-dua bilah keris berjaya disatukan oleh seorang anak Gayong yang “bertuah”, maka beliaulah “Sang Rimau Gayong”. Hari yang penuh adat istiadat pastinya direncana bagi menyaksikan detik yang bersejarah itu, atau ia hanya dilakukan ketika dunia sedang mengalami “kekalutan” yang “besar” dan menyeru sekalian anak Gayong berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

                              Sekian.

                              ”Barangsiapa yang berjaya menguasai masa dan ruang, mereka akan berjaya menguasai dunia”

                              -Iswan Basro-


                              Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

                              Recently on Spirit Of Tiger : A Global Mission 2012 - 2020…

                              PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN DAN PRESIDEN INDONESIA (ANTARA R.A.H.M.A.N DAN NO.TO.NO.GO.RO)

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              PRESIDEN INDONESIA MENURUT TEORI JOYOBOYO

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              SAJAK PANGLIMA ALLAH

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              PENYELESAIAN KRISIS KENAIKAN HARGA MINYAK DARI PANDANGAN ISLAM

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              PANJI-PANJI HITAM

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              FLAG OF ISLAMIC KHILAFAH

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              DI MANAKAH WILAYAH KHURASAN

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              BENDERA DAN PANJI NEGARA ISLAM

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              DAULAH TERAKHIR

                              Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

                              Liked it here?
                              Why not try sites on the blogroll...