SEJARAH PENCIPTAAN MAKHLUK ALLAH

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

Allah mencipta Iblis dari api. Iblis tercipta. Allah berkata, Akulah Allah, Tuhan kamu, sembahlah akan daku dan berzikirlah memuji-Ku. Iblis taat. Dia bangga kerana iblis adalah makhluk mulia yang dicipta dari api.

Malaikat juga dicipta. Daripada cahaya. Allah berkata, Akulah Allah, sembahlah akan Aku dan berzikirlah memujiku. Malaikat taat suruhan Allah tetapi masih curiga. Mengapa manusia yang dicipta dari tanah itu yang dijadikan khalifah? Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.

Allah hendak menciptakan Adam. Adam dicipta dari tanah yang hina. Siapa makhluk-maklhluk Allah yang ada ketika itu? Iblis dan malaikat. Iblis dicipta dari api. Malaikat dicipta dari cahaya. Masa sifar. Yang ada hanyalah keabadian. Kerana semua makhluk ini dicipta dari Nur Muhammad, cahaya Muhammad.

Allah menyuruh malaikat sujud kepada Adam. Malaikat taat. Allah menyuruh Iblis menyembah Adam kerana Allah berkata inilah sebaik-baik kejadian yang Aku ciptakan. Iblis engkar, kerana merasa dirinyalah yang lebih layak dijadikan sebaik-baik kejadian kerana dirinya diciptakan dari api. Lebih mulia dari tanah

ALLAH TETAP MENCIPTAKAN ADAM
Manusia telah sempurna wahai Adam. Besenang lenaglah kamu di Syurga Allah. Adam bersenang lenang dengan semua nikmat yang telah Allah beri. Ketika itu Adam melihat sepasang burung terbang di Syurga. Iblis berbisik, Adam, Allah tidak adil. Burung itu berteman, kamu tidak. Kamu kan sebaik-baik kejadian. Mengapa hendak menjadi seperti burung? Tidak mengapa, Allah Maha Memberi. Doa adam diperkenankan. Adam diberi teman hidup bernama Hawa.

Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri.

Adakah Adam diberi teman?

Rusuk adam telah diambil oleh Allah untuk mencipta Hawa. Kerana Allah telah berkata bahawa kamu sebaik-baik kejadian. Sempurna. Kamu cukup segala-galanya. Daripada makhluk Allah yang mana Hawa mahu dicipta? Allah mengambil rusuk Adam sendiri. Adakah kamu tidak berfikir? Bahawa itulah bukti kamu sebaik-baik kejadian.

Mengapa rusuk?

Kaji sifat rusuk. Itulah sifat kaum wanita. Bengkok.Dan perlu diluruskan, oleh kerana sifatnya yang keras. Maka kita perlu gunakan jalan yang lembut untuk meluruskannya. Letaknya di mana? Menutup dada. Jika rusuk tiada, syaitan boleh masuk melalui kecacatan itu. Masuk melalui dada yang kehilangan rusuk. Syaitan berjaya masuk ke badan kamu.

Adam dan Hawa hidup senang di Syurga.

Senang? Atau semakin susah? Kamu perlu sentiasa bersama Hawa. Baru kamu tenteram. Baru kamu sempurna kembali menjadi manusia. Ketika apa? Ketika kamu cantumkan rusuk kamu kembali. Ketika Hawa “meletakkan” dirinya ke dada Adam.

Sebab itu kamu gembira Kamu jadi manusia sempurna kembali. Sebaik-baik kejadian.
Adam dan Hawa dilarang makan buah Khuldi.. Adam kuat imannya. Sempurna. Apa kelemahan Adam? Tiada rusuk. Rusuk itu adalah satu anggota badan yang mudah disesatkan kerana hanya sebatang rusuk sahaja. Syaitan berbisik kepada Hawa. Allah memang tidak adil. Semua nikmat syurga kamu dapat kecuali apa Hawa? Makan buah Khuldi. Iblis menipudaya. Hawa berjumpa dengan Adam. Hawa teringin makan buah Khuldi. Adam kuat imannya. Dia melarangnya kerana ia taat perintah Allah. Supaya jangan makan buah Khuldi.

Hawa memujuk lagi. Akhirnya Adam mengalah. Itulah bukti cinta dan kasihnya kepada Hawa. Adam terpedaya pujukan Hawa. Lalu makan buah khuldi itu bersama-sama Hawa.

Allah murka. Dicampakkan kedua-duanya ke dunia. Buah itu menjadi Khalkum Adam. Untuk apa? Menjadi senjata kepada Adam supaya menjadi sempurna kembali. Buah Khuldi Hawa menjadi buah dada. Untuk apa? Sebagi kesempurnaan kejadian kaum Hawa.

Manusia memang banyak membuat bencana. Malaikat pun pernah bertanya kenapa mahu menjadikan manusia, yang akan banyak melakukan kerosakan di mukabumi? Allah hanya berkata, Aku tahu apa yang kamu tidak tahu. Apa buktinya manusia lebih mulia ya Allah? Turunlah kamu ke dunia, cuba beritahu Aku nama2 pokok dan tumbuhan ini. Malaikat tidak tahu. Cuba Tanya Adam. Adam tahu nama2 pokok dan tumbuhan itu. Malikat sujud kepada Allah dan tidak mempersoalkan lagi mengapa Adam dicipta.

Sebenarnya untuk menguji diantara manusia, siapa dikalangan anak Adam yang mahu mengambil pengajaran kepada semua ini. Di dalam kisah ini, terdapat rahsia2 dan cara untuk menjadi Adam kembali dan duduk bersenang lenang kembali ke Syurga Allah. Manusia berasal dari Adam dan perlu menjadi adam kembali kalau mahu menjadi sempurna.

MUSUHMU DI DUNIA

Iblis, Syaitan dan orang2 yang memerangi agamamu.

CIRI-CIRI ADAM DI ALAM DUNIA
Dapat menjadi pemimpin kepada segala makhluk yang Allah cipta.

Mendidik segala makhluk yang Allah cipta selain Iblis dan Syaitan.

Membimbing umat manusia supaya mereka kembali menjadi Adam dan dapat melihat wajah Allah di Syurga.

KESAN KUASA YANG ALLAH BERI KEPADA ADAM DI DUNIA

Adam ini masih perlu dibimbing dan diberi petunjuk. Siapa lagi yang dapat mendidiknya? Allah.

ALLAH SAYANG KEPADA ANDA

Pertolongan Allah sudah tiba. Adam telah kembali sempurna. Mari kita perangi segala musuh-musuh keturunan kita yang terdahulu. Adam sudah lengkap ilmu di dadanya…

Wahai sekalian anak Adam. Kita adalah sebaik-baik kejadian yang dijadikan oleh Allah daripada tanah. Mari kita perangi musuh2 kita. Iblis, syaitan dan mereka yang memerangi agama kita, agama Islam.
Kalau kalian kenal masa sebagaimana sekarang, bukankah anda umpama anak Adam yang sedang berbahagia di syurga. Kalian teringat dunia. Kalian ingin membantu anak Adam yang berada di dalam dunia. Tempat kita di syurg. Bersenang lenang dengan nikmat yang Allah berikan. Janganlah kita sombong dengan Allah dan terimalah hakikat bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian. Kita perlu mendidik alam semester ini. Kita tak perlu pendamping yang lain. Hanya Allah.

Inilah rahsia setitis air di lautan.

Kalian hanya akan merasa bagai berenang-renang dalam lautan ilmu2 Allah. Ada makhluk lainkah yang terbaik selepas kita?

Dialah yang perlu kita cari sekarang. Carilah Allah.

Allah ada dalam diri kamu. Tiada dahulu, kini dan akan datang. Kita sedang berenang dalam lautan ilmu2 Allah. Hanya Allah yang tahu.

About these ads

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: