KONSEP KESETIAAN KEPADA RAJA, NEGARA DAN PEMERINTAH

Posted on November 13, 2009. Filed under: Uncategorized |

Kita perlu memahami dengan jelas konsep kesetiaan kepada pemerintah bagi menjamin kestabilan dan keamanan di Negara kita. Kita tidak perlu menentang pemerintah sekiranya kita dapat melaksanakan perintah Allah dengan aman dan tenteram.

 

Dalam konteks di Malaysia, hanya satu kekurangan yang perlu diperbaiki oleh pihak pemerintah Negara kita. Setelah 50 tahun merdeka, sudah tiba masanya kita memikirkan undang-undang baru mengikut acuan kita sendiri. Bukan sistem perundangan yang dicipta oleh penjajah. Ini ialah bukti kecintaan kita kepada agama, bangsa dan Negara.

 

Syukur alhamdulillah kerana Negara kita adalah Negara Islam. Ini adalah hasil usaha keras pihak pemerintah bagi mendaulatkan agama Islam di bumi Malaysia. Kita dapat hidup dengan aman dan harmoni, tak kira apa juga bangsa dan agama. Kita menjadi contoh kepada negara2 lain. Pemimpin Negara juga perlu tegas dalam melaksanakan hukum dan perintah Allah di dalam Negara. Laksanakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

 

Melalui konsep perkongsian kuasa di Malaysia, ia menjamin kestabilan politik Negara. Setiap bangsa diberi kuasa untuk memerintah setelah mendapat majoriti undi oleh rakyat itu sendiri. Bagi membuktikan kecintaan kita kepada Negara, jangan melakukan perkara-perkara yang melanggar undang2. Pihak polis adalah pihak yang diberi kuasa menjaga keamanan Negara. Kita perlu patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kekacauan. Tidak perlu melakukan demonstrasi tanpa kebenaran pihak polis.

 

Kita sering menangisi nasib bangsa kita yang hidup berpecah belah melalui parti politik. Pelbagai pihak menuding jari sesama sendiri dan saling menyalahkan dan mengutuk antara satu sama lain.

 

Ingatlah bahawa perjuangan kita sama, bagi mendaulatkan agama Islam di Negara kita. Kita perlu tenang dan sabar. Sekiranya ingin memberi pendapat terhadap kesilapan pemerintah, perlu mengikut saluran yang betul.

 

Yang Di Pertuan Agong selaku Khalifah yang tertinggi di Malaysia perlu ditaati. Begitu juga kepada Raja-raja dan Sultan yang memerintah. Jangan menderhaka kepada Raja dan Negara. Itulah kunci kepada keamanan di Negara kita.

 

Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga merupakan salah satu daripada prinsip rukun Negara.

 

Berkenaan isu berleluasanya orang murtad dikalangan umat Islam di Negara kita perlu diambil serius oleh pihak pemerintah. Gubal undang-undang  negara yang melarang umat Islam dari bertukar agama. Patuhilah segala peraturan Allah berdasarkan rujukan Al-Quran dan Sunnah.

 

Jadikan mahkamah syariah sebagai mahkamah tertinggi di Malaysia. Ia selari dengan usaha kita menegakkan kalimah Allah di mukabumi ini.

 

 

CINTA NEGARA

Rasa cinta kepada Negara…

(27/8/2007)

 

Daulat Tuanku,

Ini sembah taat setia,

Dari kami pacal yang hina,

Ke bawah duli ku serah segala,

Harta benda bahkan nyawa,

Daulat Tuanku,

Ampunkan segala dosa Hang Jebat,

Kerana cintanya pada sahabat,

Dendam kesumat terus tersemat,

Moga derita akan terubat

,

Daulat tuanku,

Penderhakaan itu tak kan berulang,

Kedaulatan negara kan kami julang,

Itulah bukti sebuah ketaatan,

Pada Raja dan juga Sultan,

Daulat Tuanku,

Kedatangan Tun Perak merubah segala,

Dari Klang dia berkelana,

Menabur bakti kepada Raja,

Menyatu semua yang dalam sengketa,

Daulat Tuanku,

Sejarah ini berulang lagi,

Nama Klang subur kembali,

Hamba Klang menabur bakti,

Kepadamu wahai ibu pertiwi.

 

By : Iswan Basro (Klang)

 

BUAT PEMIMPIN KAMI

Moga Tuhan memeliharamu…

(29/8/2007)

 

Buat pemimpin yang kami sanjungi,

Moga mendapat pimpinan Ilahi,

Memerintah negara ini,

Bagi menegak kalimah yang suci,

Terima kasih kami ucapkan,

Di atas segala pengorbanan,

Negara tercinta kan kami pertahankan,

Dari ancaman segala dugaan,

Hari merdeka tak lama lagi,

Semua dari usahamu yang murni,

Tak pernah jemu menabur bakti,

Kepada bangsa dan juga pertiwi,

By : Iswan Basro (Klang)

 

KEBANGKITAN SEBUAH BANGSA

50 tahun merdeka…

(19 Ogos 2007 – SSBJ, KL)

 

Bermula dengan tembakan Portugis,

Mengalir sepi darah dan tangis,

Jati diri kian terhakis,

Bangsaku terus dijarah habis,

Malay Union kemuncak segala,

Bangsa Melayu bangkit semula,

Menjadi nokhtan sebuah derita,

Bangsaku ini bukan boneka,

Melayu tak lagi berdiam diri,

Ketuanannya bukan mainan lagi,

Dato’ On Jaafar menyatu kami,

Hidup Melayu laungan abadi,

Pemuda-pemudi tak kira usia,

Bersatu memulih tamadun bangsa,

Jeritan mereka menggegar dunia,

Mampu menggentar penjajah durjana,

Kini merdeka milik kita,

Hasil darah keringat bangsa,

Jangan biar lukanya menyiksa,

Kekalkan ia ke akhir masa.

By : Iswan Basro (Klang)

About these ads

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: